Add

Sunday 7 September 2014

Resipi Ayam Masak Paprik


Bajet hidangan untuk 3-4 orang

Bahan-bahan:

4 ketul ayam - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong 6
3 urat kacang panjang - dipotong panjang
1/2 biji carrot - dipotong panjang
Sedikit bunga kubis
1 biji bawang besar
3 batang baby corn
5 helai daun limau purut - racik halus
1 inci halia - diracik halus
1 batang serai - diracik halus
1 biji bawang kecil - diracik halus
2 ulas bawang putih - diracik halus
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
7 tangkai cili padi/ 2 tangkai cili merah @ cili besar
2 sudu cili boh
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara membuatnya:

Masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia & serai hingga sedikit garing, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram, sos cili, sedikit garam dan gula. Selepas itu, masukkan ayam dan daun limau purut serta sedikit air untuk lembutkan ayam.

Setelah ayam hampir lembut, masukkan carrot, bunga kubis, cili padi dan baby corn. Setelah hampir lembut barulah masukkan kacang panjang, bawang besar dan tomato.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba :)

**Nota:

Kuantiti bahan terpulang kepada selera masing-masing ye..itu yang dicadangkan sahaja. 

Daun limau purut boleh juga dikoyak-koyakkan. Serai boleh juga diketuk-ketuk. Tapi saya suka diracik halus, sebab boleh makan sekali..bagus untuk kesihatan & awet muda kan. Terpulanglah cara masing-masing.

Cili padi masukkan sesuka hati, kalau nak pedas, boleh ketuk-ketuk atau potong, letaklah ikut kepedasan masing-masing.

Masa nak masukkan sayur, pastikan sayur yang lambat empuk dimasukkan dahulu, biar sekejap, baru masukkan sayur-sayur lain.

Bawang besar & tomato diletakkan akhir sekali sebab kedua-dua ini cukup sekadar layu sahaja. Baru kaw..

Semoga berjaya..resipi boleh disesuaikan dengan citarasa masing-masing. :)








No comments:

Post a Comment