Add

Sunday 7 September 2014

Resipi Ayam Masak Paprik


Bajet hidangan untuk 3-4 orang

Bahan-bahan:

4 ketul ayam - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong 6
3 urat kacang panjang - dipotong panjang
1/2 biji carrot - dipotong panjang
Sedikit bunga kubis
1 biji bawang besar
3 batang baby corn
5 helai daun limau purut - racik halus
1 inci halia - diracik halus
1 batang serai - diracik halus
1 biji bawang kecil - diracik halus
2 ulas bawang putih - diracik halus
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
7 tangkai cili padi/ 2 tangkai cili merah @ cili besar
2 sudu cili boh
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara membuatnya:

Masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia & serai hingga sedikit garing, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram, sos cili, sedikit garam dan gula. Selepas itu, masukkan ayam dan daun limau purut serta sedikit air untuk lembutkan ayam.

Setelah ayam hampir lembut, masukkan carrot, bunga kubis, cili padi dan baby corn. Setelah hampir lembut barulah masukkan kacang panjang, bawang besar dan tomato.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba :)

**Nota:

Kuantiti bahan terpulang kepada selera masing-masing ye..itu yang dicadangkan sahaja. 

Daun limau purut boleh juga dikoyak-koyakkan. Serai boleh juga diketuk-ketuk. Tapi saya suka diracik halus, sebab boleh makan sekali..bagus untuk kesihatan & awet muda kan. Terpulanglah cara masing-masing.

Cili padi masukkan sesuka hati, kalau nak pedas, boleh ketuk-ketuk atau potong, letaklah ikut kepedasan masing-masing.

Masa nak masukkan sayur, pastikan sayur yang lambat empuk dimasukkan dahulu, biar sekejap, baru masukkan sayur-sayur lain.

Bawang besar & tomato diletakkan akhir sekali sebab kedua-dua ini cukup sekadar layu sahaja. Baru kaw..

Semoga berjaya..resipi boleh disesuaikan dengan citarasa masing-masing. :)








Resipi Tepung Gandum - Cucur Bawang Ikan Bilis

Hi all,

Kepada semua yang tercari-cari resipi apa yang boleh dibuat dengan tepung gandum ni nak bagi satu idea. You all boleh buat cucur bawang ikan bilis. Kalau ada tepung gandum ni, you all campak-campak je apa yang sesuai untuk buat cucur ni.

Resipinya:

Tepung gandum
Air
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan yang nak dicampurkan:

Bawang besar/ bawang kecil
Ikan bilis
Daun bawang
Cili besar

atau, you all boleh letak:

Ubi kentang atau
Sayur kangkung atau
Carrot

Bahan cicah: 

sos cili/ susu pekat/ gula

Cara membuatnya:

Semua bahan-bahan dipotong kecil, ikut suka you all lah macam mana nak potongkan..sebab yang nak makan pun you all gak..hehe.

Lepas tu, masukkan air, sedikit garam, sedikit serbuk kunyit untuk mencantikkan warna, kalau tak nak letak pun takpe..masukkan semua bahan yang dipotong tadi. Kacau rata.

Panaskan minyak, masukkan bancuhan tepung tadi dengan menggunakan sudu. Goreng sampai kekuningan. Boleh diangkat.

**Nota:

Bahan-bahan tadi tu, you all boleh letak sesuka hati apa yang rasa nak letak. Kuantitinya, agak-agaklah ye. Campuran bahan-bahan biarlah yang bersesuaian.

Nak tahu macam mana tahap kecairan bancuhan yang sesuai, you all kena angkat dengan sudip/sudu, kalau bancuhan tu jatuh bedebuk/seketul-seketul, maknanya cucur anda akan jadi keras lepas goreng nanti. Kalau nak cucur tu lembut, pastikan bila diangkat dengan sudu, bancuhan tadi tu jatuh licin. Kalau tak tahu jugak, try goreng sebiji dulu, lepas tu cuba la rasa, keras ke lembut..so bolehlah tambah tepung atau air. Kalau lembik sangat, tambah tepung. Kalau keras sangat, tambah air..biasanya kalau dah sejuk baru tau cucur tu sangat keras atau sangat lembut.

Practice makes perfect..so, rajin-rajinlah try ok.




Thursday 19 June 2014

Resipi Peria Sambal Telur

Bahan-bahan:

1 biji peria
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 biji telur
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa

Cara memasak:

Bawang merah, bawang putih dikisar halus. Tumis bahan kisar, masukkan sedikit air, air asam jawa, garam, peria & masak hingga lembut & sehingga sedikit kering. Pecahkan telur..siap untuk dimakan.

Resipi Peria Masak Lemak Udang

Bahan-Bahan:

Peria
Udang besar
1 biji bawang besar dibelah dua dan dipotong nipis
Cili hijau atau merah
1 kotak santan
Garam secukup rasa
1 keping asam keping saiz kecil


Bahan kisar:
5 tangkai cili kering
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

 Cara memasak:

Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan santan dan peria. Masak peria hingga lembut, masukkan udang, bawang besar dan cili hijau atau merah. Masukkan garam secukup rasa. Siap..

Monday 17 March 2014

Hari ke-10 Pencarian Pesawat MH370

Telah masuk hari ke-10, namun pesawat MAS MH370 masih tidak ditemui.. Ke mana menghilangnya MH370...?? Ya Allah, bantulah kami menemukan pesawat ini ya Allah..

Jerebu Semakin Berkurang Disebabkan Hujan Sejak Semalam

Alhamdulillah, sejak hujan turun mulai semalam, keadaan jerebu juga telah berkurangan ke tahap sederhana..alhamdulillah.. Cuma beberapa kawasan di Pahang terutamanya Kuantan mencatatkan bacaan IPU tertinggi ketika ini iaitu pada tahap 75.

Syukur..hujan turun telah turun..Alhamdulillah.

Sunday 16 March 2014

MATTA Fair 2014

Pesta Pelancongan atau dikenali dengan MATTA Fair sedang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur bermula 14-16 Mac 2014. Hari ini adalah hari terakhir sehingga jam 9.00 malam untuk sesiapa yang berminat untuk melancong di dalam atau di luar negara kerana di sini terdapatnya promosi-promosi yang memang berbaloi.

Selain agensi dan pakej pelancongan, di sini juga terdapat promosi untuk kad kredit, Air Asia Big Card, printer, line internet, makanan, pakaian dan lain-lain.

Sekiranya berkelapangan, bolehlah menjamu mata..mana tau ada yang berminat nantu..dapatlah melancong atau dapat barangan promosi. 

Hari ke-9 Pencarian Pesawat MAS MH370

Telah masuk hari ke-9 pencarian pesawat MAS MH370. Dipercayai transponder sengaja dimatikan untuk elak dikesan. Sekarang ini, pasukan penyiasat sedang menyiasat perkara tersebut adakah berkemungkinan pesawat dirampas atau dirancang oleh pihak-pihak tertentu atas tujuan tertentu.

Ayuh kita terus berdoa semoga semuanya selamat dan sesuatu yang positif bakal berlaku.


Saturday 15 March 2014

Pencarian Pesawat MAS MH370 diperluas ke Pulau Andaman dan Lautan Hindi

Hari ini telah masuk hari ke-8 pencarian pesawat MAS MH370 yang hilang dari radar semasa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pencarian masih diteruskan walaupun tiada sebarang clue dijumpai. Syukurlah banyak negara telah menghulurkan bantuan kepada Malaysia dan usaha mencari dibuat secara besar-besaran dan kawasan pencarian telah pun diperluaskan. 

Semoga semua penumpang dan anak kapal pesawat MAS MH370 selamat. Ayuh semua rakyat Malaysia, doakan keselamatan MH370.

Friday 14 March 2014

Ke Mana Hilangnya Pesawat MAS MH370?

Sehingga kini misteri kehilangan pesawat MAS MH370 pada Sabtu lepas 8 Mac 2014, masih menjadi tanya tanda..ke mana hilangnya? Dirampas kah? Terhempas kah? Tenggelam di laut kah? 

Pesawat ini hilang dari radar pada jam 1.40 pagi setelah berlepas dari lapangan terbang KLIA pada jam 12.41 tengah malam. Tiada isyarat kecemasan dibuat oleh juruterbang, pesawat ini hilang begitu saja...

Walau apa pun tanggapan dan andaian, marilah kita sama-sama berdoa semoga semua penumpang dan anak kapal seramai 239 itu selamat kembali. Masih berharap agar semuanya selamat dan sihat - pulang ke Malaysia dan ke pangkuan keluarga yang pastinya ketika ini sangat bersedih atas kehilangan mereka...

Pray for MH370. Teruskan berdoa. Semoga Allah SWT memudahkan urusan pencarian pesawat ini..Aamiin.

Jerebu Melanda

Sejak akhir-akhir ini negara dilanda jerebu teruk yang dipercayai berpunca daripada cuaca panas dan kebakaran hutan. Jadi, semua dinasihatkan supaya memakai topeng muka sekiranya ingin ke luar rumah ye. Banyakkan minum air masak juga.

Monday 10 March 2014

Kebaikan Stevia

Royal Sweetener Stevia

Kebaikan Stevia:

- Mengimbangi kandungan gula dalam badan
- Menurunkan kadar gula dalam darah, sesuai untuk pesakit Diabetes & Hypoglycemia
- Melawaskan pembuangan air kencing
- Meningkatkan tenaga dalam badan
- Membantu sistem penghadaman makanan
- Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
- Berupaya mengawal berat badan (Obesiti)
- Mengurangkan masalah keradangan

Maklumat & keterangan lanjut, sila hubungi: 
Razif Rashid 019-4735793

Royal Sweetener Stevia Pemanis Semulajadi Sesuai untuk Mengurangkan Masalah Berat Badan (Obesiti)


Bagi yang ingin mengurangkan berat badan atau masalah obesiti, marilah mencuba Royal Sweetener Stevia Pemanis Semulajadi Sesuai untuk Mengurangkan Masalah Berat Badan (Obesiti). Satu titik mampu memaniskan segelas air.

Kebaikan Stevia:

- Mengimbangi kandungan gula dalam badan
- Menurunkan kadar gula dalam darah, sesuai untuk pesakit Diabetes & Hypoglycemia
- Melawaskan pembuangan air kencing
- Meningkatkan tenaga dalam badan
- Membantu sistem penghadaman makanan
- Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
- Berupaya mengawal berat badan (Obesiti)
- Mengurangkan masalah keradangan

Maklumat & keterangan lanjut, sila hubungi: 
Razif Rashid 019-4735793

Royal Sweetener Stevia Pemanis Semulajadi untuk Pesakit Kencing Manis


Kepada semua yang mementingkan kesihatan, penghidap kencing manis, masalah obesiti mari tukarkan gula kepada Royal Sweetener, produk terlaris masa kini.

Kebaikan Stevia:

- Mengimbangi kandungan gula dalam badan
- Menurunkan kadar gula dalam darah, sesuai untuk pesakit Diabetes & Hypoglycemia
- Melawaskan pembuangan air kencing
- Meningkatkan tenaga dalam badan
- Membantu sistem penghadaman makanan
- Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
- Berupaya mengawal berat badan (Obesiti)
- Mengurangkan masalah keradangan

Maklumat & keterangan lanjut, sila hubungi: 
Razif Rashid 019-4735793

Royal Sweetener Stevia Pemanis Semulajadi - Setitis Mampu Memaniskan Segelas Air

Royal Sweetener Stevia Pemanis Semulajadi keluaran RCC Global (M) Sdn. Bhd. adalah produk terlaris masa kini. Hanya satu titik mampu memaniskan 200ml air. Jadi, mari gantikan gula yang digunakan hari-hari dengan Royal Sweetener Stevia Pemanis Semulajadi. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 
Razif Rashid 019-4735793



Doakan MH370

Marilah kita sama-sama berdoa agar pesawat MH370 ditemui agar terjawab semua persoalan yang bermain di minda kita semua. Apa yang kita harapkan kesemua penumpang dan anak kapal selamat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. InsyaAllah.

Pray for MH370

Let us all pray for MH370 for safe return and for everyone on board.


Sunday 9 March 2014

Pesawat MAS MH370 Hilang

Tanggal 8 Mac 2014, dunia dikejutkan dengan berita besar di mana pesawat Malaysia Airlines System (MAS) hilang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing. Pesawat ini berlepas dari KLIA pada hari Sabtu, jam 12.41 tengah malam dan dijangka tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi. Walaubagaimanapun, selepas lebih kurang 2 jam berlepas pesawat ini tidak dapat dihubungi. Tiada makluman daripada juruterbang berkenaan keadaan cuaca atau kerosakan pesawat sebelum ini. Pesawat ini kemudian hilang dari radar dan terus tidak dapat dihubungi. Sehingga kini selepas hampir 36 jam pesawat ini masih kekal misteri dan tidak dapat diketahui ke mana hilangnya dan tiada petunjuk ditemui.

Seramai 227 orang penumpang dan 12 orang anak kapal berada di dalam pesawat tersebut. 38 orang penumpang adalah warganegara Malaysia. Warga China adalah 152 orang termasuk seorang bayi, 7 orang warga Indonesia, 7 orang warga Australia, 5 orang warga India, 3 orang warga Perancis, 3 orang warga Amerika Syarikat termasuk seorang bayi, warga New Zealand, Ukraine, Kanada masing-masing 2 orang, manakala Itali, Taiwan, Belanda, Austria masing-masing seorang. Setakat ini 80% waris keluarga mangsa telah dihubungi. 

Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat telah menghulurkan bantuan untuk mencari pesawat tersebut. Malaysia hargai negara-negara ini yang membantu mencari dan menyelamat pesawat MH 370. 

Pesawat ini berusia 11 tahun 11 bulan dan masih dalam keadaan baik. Namun, ke mana hilangnya masih menjadi tanda tanya. Sebagai warga Malaysia yang prihatin dan atas dasar peri kemanusiaan, marilah kita sama-sama berdoa agar kesemua penumpang dan anak kapal ini selamat.


Friday 7 March 2014

Balik kampung - Rindu pada Si Comel

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua...Hari ni aku nak balik kampung. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan anak buah comel aku tu. Banyak keletah..terhibur hati aku kalau jumpa dia ni. 

Si kecik ni dah pandai bercakap..dah pandai menyanyi.. tapi time dia menyanyi paling kelakar..entah apa-apa disebutnya...habis semua orang gelakkan dia.

Kalau pergi berjalan-jalan, dialah yang paling happynya. Biasalah kan, time semua orang keje dia duduk rumah je lah..ok..dah nak bertolak balik ni..

Semoga perjalanan aku lancar dan selamat. Aamiin.

Thursday 6 March 2014

Tempat Menarik di Taiping, Perak - Bukit Larut @ Bukit Maxwell

Kali ni nak bercerita tentang salah satu tempat menarik dan boleh dilawati di Taiping iaitu Bukit Larut. Bukit ini juga dikenali dengan nama Bukit Maxwell sempena nama residen British pada masa itu iaitu George Maxwell. Bukit ini terletak di kawasan paling lembap di Semenanjung Malaysia yang boleh dikatakan hujan turun hampir setiap hari. Ketinggiannya adalah 1200 meter dari paras laut. Suhu siangnya antara 15-25 darjah celcius dan suhu malamnya mencecah sehingga 10 darjah celcius. 

Perjalanan dengan menggunakan land rover mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak bukit di mana terletaknya pusat peranginan ini. Kalau nak naik atas bukit ni, kena naik land rover yang dah siap dengan pemandunya yang pihak pusat peranginan sediakan. Nak bawa naik kereta sendiri memang tak dapatlah ye. Wanita mengandung dan pesakit jantung tidak dibenarkan naik ke sana sebab terdapat 72 selekoh tajam dan bukitnya memang curam..Jalannya pula sempit dan perjalanan naik turunnya memang menggerikan...Takut terkejut susah pulak kang...

Sekiranya berada di puncak Bukit Larut ini, dapatlah melihat keadaan dan pemandangan seluruh kota Taiping..tapi sayangnya masa aku naik kat atas ni, tempatnya berkabus, jadinya tak nampak sangatlah..tapi memang terasa kedinginan semasa berada di puncak bukit ini. 

Kalau korang nak merasa naik ke Bukit Larut ni, kalau weekend atau public holiday, silalah datang awal..sebab tiketnya terhad..kalau dah habis putih matalah korang kan.. Sebab di sana ada jadual perjalanan naik dan perjalanan turun..disebabkan jalannya yang sempit dan berbahaya, jadi perjalanannya hanya dihadkan untuk beberapa round sahaja. Nak booking tiket awal memang tak boleh, jadi kenalah datang awal ok. Seeloknya, pukul 7 pagi korang dah ada kat sana. Kaunter buka je terus pegi beli. Masa aku pergit tu, hari Isnin, hari bekerja..jadi takde lah ramai orang. 

Kat sini, aku kongsikan beberapa gambar untuk tatapan semua tentang pemandangan dan keadaan di Bukit Larut. Semoga terhibur..

 

Wednesday 5 March 2014

Tempat Menarik di Medan, Indonesia - Istana Maimun & Meriam Puntung

Kali ni nak bercerita tentang Istana Maimun yang terletak di tengah bandar Medan pula.. Istana ini jika dilihat dari luar, terserlah kesenian binaannya. Ni gambar depan istana tu...ops..ada pulak orang kat depan tu ek..hehe..Sorryla, dah puas cari gambar istana je..tapi takde plak dalam koleksi..Itulah family aku..Kitaorang pergi berlima masa tu, ayah, adik, anak buah & my best friend.


Kat dalam istana tu ada disediakan baju tradisional kesultanan Jawa..jadi bolehlah cuba kan..Bermacam-macam warna & saiz tapi kena sewalah. Harganya murah saja - Rp. 10,000 sekali pakai untuk seorang. Boleh pakai berapa lama nak pakai dan bergambar sendiri sesuka hati. Diaorang pun ada sediakan photographer jugak. 

Yang bestnya, boleh dipakai berjalan-jalan di dalam istana tu..asalkan jangan keluar dari istana. So, apa lagi...kitaorang pun ambil kesempatan try pakai baju tu.. Pilihan, mestilah warna kuning..baru rasa macam raja & permaisuri kan..hehe...Amacam? Cun tak kitaorang? Hehe..


Kat depan pintu istana tu ada persembahan live untuk pengunjung.. Band yang main alat muzik tradisional..sedap jugak...layan..my beloved father nak bergambar dengan band tu..sedap katanya muzik yang dimainkan.. :)


Di sebelah istana tu, ada Lagenda Meriam Puntung..kisah lagenda yang kononnya Meriam Puntung adalah jelmaan dari Puteri Hijau dari Kerajaan Deli Tua yang berubah menjadi meriam untuk mempertahankan istana dari serbuan Raja Aceh. Raja Aceh membuat serbuan disebabkan pinangannya ditolak oleh Puteri Hijau. Dalam papan tanda ni ada diceritakan sedikit tentang kisah Meriam Puntung ni.. anak buah aku tu kat mana-mana pun nak bergambar..hehe.. Tu, rumah yang berwarna kuning tu lah terletaknya meriam puntung tu..



Inilah rupa meriam puntung tu..siap diletakkan kain kuning lagi..untuk tujuan apa, entahlah..tapi siap ada bunga-bunga lagi kat atas meriam tu.. Meriam tu ada separuh je..sebab separuh lagi dah patah.. Katanya, patah disebabkan masa peperangan dengan Raja Aceh tu, meriam ni terlalu panas, sampai patah jadinya..yang separuh lagi jatuh di tempat lain.

Penjaga rumah Meriam Puntung ni suruh kitaorang letakkan telinga kat lubang meriam tu..katanya dapat dengar bunyi letupan masa peperangan tu..Tapi, yang kitaorang dengar tu macam bunyi berdengung je..entahlah..


Kalau berpeluang pergi ke Medan, pergilah ke Istana Maimun ni..sebab ini di antara tempat menarik di sana.

Tuesday 4 March 2014

Bunga Kunyit

Bunga Kunyit

Pernah tengok bunga kunyit? Bunga berwarna hijau dan kuning. Nama saintifik bagi bunga kunyit ialah Curcuma domestika.

Bunga kunyit ni kalau dibuat ulam, fuh..memang sedap..Biasanya bunga kunyit ni dimakan mentah. Rasanya macam makan kunyitlah..hehe..tapi rasanya light sikit sebab ianya sejenis bunga kan..lagipun ada lapisan kelopaknya yang nipis. Yang tak pernah rasa cubalah rasa..boleh awet muda tu..hehe..

Bunga kunyit ni bagus untuk ibu-ibu yang tengah berpantang selepas bersalin. Ianya mampu membantu melancarkan perjalanan darah, melegakan sakit perut dan dapat membantu mencegah kanser. Ia juga bagus bagi menghilangkan gastrik. Selain itu, ia juga membantu mengekalkan keremajaan kulit..awet muda gitu.



Jus Terung Belanda

Jus terung belanda

Masa bercuti di Medan, sempat merasa jus terung belanda..sedap. Air ni memang famous kat sana. Memang terbaiklah.. 

Jus minuman di sana memang banyak jenis..sedap-sedap pulak tu. Sebab Medan banyak bergantung kepada hasil pertanian, jadi kepelbagaian jus buah-buahan dan sayur-sayuran memang biasa di sana.

Nak tengok buahnya macam mana? Ni lah rupa buahnya.. :)


Buah terung belanda

Monday 3 March 2014

Tempat Menarik di Medan, Indonesia - Gunung Sinabung

Sekiranya anda berkunjung ke Medan, nak ke Danau Toba, pasti anda akan lihat Gunung Sinabung ini.. Gambar ni diambil dalam bulan Oktober 2013. Masa tu aku pergi holiday kat sana..gunung ni tengah berasap..seram jugak..mana tau tiba-tiba meletus kan. Tapi, alhamdulillah, syukur kami semua selamat pergi dan kembali ke Malaysia. 

Kami difahamkan oleh tourist guide tu, kalau gunung ni meletus, memang laluan ke Danau Toba ditutup. Penduduk di kawasan lingkungan 10 kilometer diarahkan untuk berpindah. Sekarang ni gunung tu dah meletup..dahsyat kan..


Masa ni dapatla tengok live gunung ni tengah keluarkan asapnya. Dalam hati hanya Allah yang tahu. Takut..hehe. 

Tempat Menarik di Medan, Indonesia - Air Terjun Sipiso Piso


Air Terjun Sipiso Piso adalah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Medan...Air terjun ni unik..tinggi..


Kalau lepak di sini petang-petang, dengan angin yang sejuk, pemandangan yang mendamaikan jiwa..alangkah indahnya.. Bagi pencinta alam, mesti suka tempat ni..sebab dari sini dapat lihat keindahan Tasik Danau Toba..luas beb..!!







Tempat Menarik di Medan, Indonesia - Danau Toba, Parapat

Jika berkunjung ke Medan, pastikan anda berkunjung ke Danau Toba, Parapat. Subhanallah, memang cantik pemandangan di sana. Gambar di bawah ni diambil dari Air Terjun Sipiso Piso. Cantik kan?


Jika dari Medan, perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Penat, dengan struktur jalannya..tapi bila dah sampai sana, fuhh..memang puas hati. Cantik..


Kalau tangkap gambar berlatar belakangkan tasik ni, seolah-olah macam gambar tampal..hehe. 

Sunday 2 March 2014

Yes, Boss!

Drama episod kat TV3, pukul 6.00 ptg. Pelakonnya Fahrin Ahmad & Emma Maembong. Best jugak citer ni..kelakar..Citer ni setiap minggu hari Sabtu & Ahad.

Emma Maembong sebagai Yana, kelakar karektornya..seorang secretary kpd Fahrin (Am)..layan..

Khasiat Pucuk Gajus

Pucuk Gajus atau nama saintifiknya Anacardium Occidentale

Pucuk gajus mempunyai bahan anti-oksida yang boleh meneutralkan dan melawan bahan toksik dalam badan. Terdapat banyak khasiat pucuk gajus jika dimakan begitu sahaja sebagai ulam ataupun diminum air rebusannya. Antaranya:

1) Boleh membersihkan toksik dalam badan
2) Melambatkan proses penuaan (awet muda)
3) Dipercayai boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik
4) Memberi kesegaran pada tubuh
5) Merendahkan tekanan darah tinggi
6) Mengurangkan sakit kencing manis
7) Air rebusan pucuk gajus atau kulit kayu pokok gajus jika dikumur dapat mengubati sakit ulser mulut


Lirik Lagu Sayang Lahir Batin - Wali Band


Dengarkanlah aku cerita hatiku
Cerita tentangmu
Aku mahu ikhlas, ikhlas menyayangimu
Tutuplah matamu
Cukup aku dan Tuhan yang tahu

Aku telah berjanji menyayangimu
Lahir dan batinku
Aku telah berjanji mendampingimu
Lahir dan batinku

Andai engkau tahu
Ku siap mati untukmu
Jiwa dan ragaku
Cukup aku dan Tuhan yang tahu

Aku telah berjanji menyayangimu
Lahir dan batinku
Aku telah berjanji mendampingimu
Lahir dan batinku

Khasiat atau Manfaat Madu pada Wajah


Banyak khasiat dan manfaat madu pada tubuh badan dan wajah jika selalu diamalkan. Kandungan yang terdapat di dalam madu seperti anti-oksidan, anti-bakteria, vitamin B dan Vitamin C menjadikan madu sangat berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Antara khasiat madu untuk wajah adalah seperti berikut:

1. Melembabkan Kulit Wajah

1) Sapukan madu ke seluruh muka, biarkan selama 15-30 minit. Bilas dengan air suam.
2) Campurkan susu dan madu sama banyak dalam mangkuk, kacau sebati. Kemudian sapukan pada wajah, biarkan selama 10-20 minit. Bilas dengan air suam.



2. Membersihkan Kulit Wajah


Campurkan madu dan air. Sapukan pada muka sebagai pembersih muka. Campuran tersebut dapat dijadikan antiseptik untuk membersihkan kulit muka dan menghindarkan muka dari bakteria & jerawat. 

3. Menghilangkan Jerawat



1) Campurkan madu dan air limau nipis sama banyak ke dalam mangkuk, kacau sebati. Sapukan pada wajah selama 15-30 minit. Bilas dengan air suam.

2) Campurkan 3 sudu madu dan 1 sudu serbuk kulit kayu manis (cinnamon). Kacau hingga sebati. Sapukan pada jerawat sebelum tidur, biarkan semalaman. Cuci dengan air suam keesokan paginya.

4. Mencegah Penuaan Kulit



1) Campurkan madu dan jus lemon dalam mangkuk, kacau hingga sebati. Sapukan pada wajah selama 15-30 minit. Bilas dengan air suam.

2) Campurkan 3 sudu madu, 4 sudu mentimun yang telah dikisar halus & 1 biji putih telur. Kacau sebati & sapukan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit, kemudian bilas. Lakukan 1-2 kali seminggu untuk mendapat kulit yang cantik dan memuaskan.

5. Mengecilkan Pori Muka



Campurkan 5 sudu madu, 2 sudu oatmeal dan 2 sudu susu tepung tanpa gula. Kacau hingga sebati, kemudian oleskan pada seluruh wajah dan lakukan urutan lembut. Bilas dengan air suam. Lakukan 2 kali seminggu.



Khasiat atau Manfaat Tomato pada Wajah


Mengecilkan Liang Roma

Campurkan satu sudu jus tomato dengan 2-4 titik jus limau nipis. Sapukan pada wajah & urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15-30 minit. Bilas dengan air suam, kemudian sapukan pelembab muka.

Merawat Jerawat

Hancurkan tomato & sapukan pada muka. Biarkan selama 20 minit-1 jam. Sebaiknya diamalkan setiap hari sehingga jerawat hilang.

Masker untuk Semua Jenis Kulit

Kisar atau hancurkan tomato+avocado, sapu pada muka. Biarkan selama 20-30 minit, kemudian bilas.

Weekend updates

Assalamualaikum...hi alls..

Selamat beristirehat di hujung minggu..semoga segalanya berjalan dengan lancar..

Jangan marah2..tenangkan fikiran..rest secukupnya ok..

Esok permulaan hari untuk kita semua bekerja @ belajar.

Daa..

Saturday 1 March 2014

Hujung Mingguku..Sabtu

Hujung minggu...kalau my best friend ada kelas, aku sorang-soranglah duduk kat rumah.. Tapi, hari ni aku rajin sikit...hehe.

Awal pagi dah bangun masak sarapan...and aku buat laksa hari ni..
Lepas tu..kemas rumah, siap sidai kain...hm..dah tak tau apa lagi nak buat..tengok tv tak minat sangat..
Beronline je la.

Banyak info boleh dapat dari internet..apa terlintas di kepala taip je kt Lebai Google..insyaAllah ada jawapan. Cuma, tapis-tapis sikit supaya aqidah tak terpesong..kan.

Selamat berhujung minggu.. :)

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Ya Allah,
Aku bermohon kepada-Mu agar diberikan kebaikan di dunia & di akhirat
Bawalah aku ke jalan yang benar, jalan yang diredhai-Mu ya Allah
Bantulah aku menjadi hamba-Mu yang bernar-benar beriman kepada-Mu ya Allah
Taat kepada segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
Amiin.

Jawapan Rindu

Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini...

Hanya kekosongan
Jua kehilangan
kurasai
Menghuni hati...

Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu...

Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih...

Merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud...