Add

Thursday 6 March 2014

Tempat Menarik di Taiping, Perak - Bukit Larut @ Bukit Maxwell

Kali ni nak bercerita tentang salah satu tempat menarik dan boleh dilawati di Taiping iaitu Bukit Larut. Bukit ini juga dikenali dengan nama Bukit Maxwell sempena nama residen British pada masa itu iaitu George Maxwell. Bukit ini terletak di kawasan paling lembap di Semenanjung Malaysia yang boleh dikatakan hujan turun hampir setiap hari. Ketinggiannya adalah 1200 meter dari paras laut. Suhu siangnya antara 15-25 darjah celcius dan suhu malamnya mencecah sehingga 10 darjah celcius. 

Perjalanan dengan menggunakan land rover mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak bukit di mana terletaknya pusat peranginan ini. Kalau nak naik atas bukit ni, kena naik land rover yang dah siap dengan pemandunya yang pihak pusat peranginan sediakan. Nak bawa naik kereta sendiri memang tak dapatlah ye. Wanita mengandung dan pesakit jantung tidak dibenarkan naik ke sana sebab terdapat 72 selekoh tajam dan bukitnya memang curam..Jalannya pula sempit dan perjalanan naik turunnya memang menggerikan...Takut terkejut susah pulak kang...

Sekiranya berada di puncak Bukit Larut ini, dapatlah melihat keadaan dan pemandangan seluruh kota Taiping..tapi sayangnya masa aku naik kat atas ni, tempatnya berkabus, jadinya tak nampak sangatlah..tapi memang terasa kedinginan semasa berada di puncak bukit ini. 

Kalau korang nak merasa naik ke Bukit Larut ni, kalau weekend atau public holiday, silalah datang awal..sebab tiketnya terhad..kalau dah habis putih matalah korang kan.. Sebab di sana ada jadual perjalanan naik dan perjalanan turun..disebabkan jalannya yang sempit dan berbahaya, jadi perjalanannya hanya dihadkan untuk beberapa round sahaja. Nak booking tiket awal memang tak boleh, jadi kenalah datang awal ok. Seeloknya, pukul 7 pagi korang dah ada kat sana. Kaunter buka je terus pegi beli. Masa aku pergit tu, hari Isnin, hari bekerja..jadi takde lah ramai orang. 

Kat sini, aku kongsikan beberapa gambar untuk tatapan semua tentang pemandangan dan keadaan di Bukit Larut. Semoga terhibur..

 

No comments:

Post a Comment