Add

Saturday 6 January 2018

Suamiku Hero Dapur

Ni aku nak citer sikit pasal suami aku..terer masak beb..!!

Dalam hidup aku sejak mengenali suami aku inilah burger yang terbaik pernah aku rasa ☺❤ 
Dah tak layan burger luar yang jual kat mana-mana tempat pun.. memang terbaiklah.. 

                                              LONG JOHN BURGER AMERICAN 

                                                    Ini kueh tiow kerang terbaik☺
                                   

                                                      kari kepala ikan mantop❤
                   
                                                      kuih lapis/kuih bendera✌


                                              menu diet untuk pregy mummy❤
 

                                                 peminat kecil mee kicap suami☺



kalau korang nak rasa boleh call no nie  017717188141(order) chef terbaik dari Dapur☺❤
macam2 menu korang boleh order tau....ok ape2 nak mkn sedap bagitau jer..company kite orang BJ VILLAGE ENTERPRISE msj ke,whatssapp ke, call pun kami akan layan tau....rasa insyaALLAH TERBAIK.................☺❤

Friday 13 May 2016

Nasi Mandy Terbaik in KL ~ Sahara Tent

Aku nak kongsikan satu tempat paling sedap kalau nak makan nasi mandy paling sedap kat KL ni. Korang boleh try pegi makan kat Sahara Tent, Bukit Bintang..pergh..memang terbaik nasi mandy dia. Aku suka... nasi dia sedap, kambing & ayam dia sedap.

Korang boleh minta dia letak nasi tu dalam big plate, boleh campur kambing & chicken. Kalau nak makan satu pinggan sorang tu, make sure korang bukan yang jaga badan..hahaha..nasi dia banyak giler. Make sure kalau nak pegi makan, perut memang betul-betul tengah lapar..hahaha. baru berbaloi.

Harga sepinggan RM29. Tapi percayalah, sangat berbaloi..sebab sangat sedap. Untuk kita yang taste melayu ni boleh la minta cili padi potong & bawang sebagai ulam. Sebab nasi ni hanya dihidangkan bersama sambal ape entah namanya..lupa plak aku. Korang tengoklah sendiri gambar tu.

Selain tu, ada jugak kebab, roti..memang sedap. Air juice dia..pergh..memang terbaik. Aku suka pineapple & mango juice dia. The best in town lah.

Jom tengok gambarnya...menyelerakan!!!


Selamat Hari Ibu ~ Titipan buat ibu tersayang yang telah kembali ke Rahmatullah

Hati aku terpanggil untuk share kata-kata indah ini...yang dicipta oleh seseorang yang aku kagumi hasil karyanya. Kata-kata indah ini ditulis sempena Hari Ibu 8 May 2016 yang lalu.

Dia tiada ibu, aku juga tiada ibu...hanya kata-kata indah untuk ibu..tidak lagi dapat memeluk tubuh ibu, tiada lagi belai mesra ibu...Ibu dirindui selalu.

Kepada yang masih mempunyai ibu, hargailah mereka, berilah tumpuan dan sepenuh kasih sayang kepada mereka. Berbaktilah kepada mereka sementara peluang masih ada...

Dikongsikan kata-kata indah buat tatapan bersama...

Pernah aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Katanya supaya aku pandai

Ibu….. Pernah aku merajuk
Katanya aku manja
Pernah aku melawan
Katanya aku degil
Pernah aku menangis
Katanya aku lemah

Ibu….. Setiap kali aku tersilap
Dia hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat
Dan bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan

Namun…..
Tidak pernah aku lihat air mata dukamu
Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu…. Ibu…. Aku sayang padamu…..
Tuhanku….
Aku bermohon padaMu
Sejahterakanlah dia
Selamanya…..

#alfatihahmak
#selamathariibu
#ibutiadaganti 
#akutiadamaklagi😢😢😢😢

Sunday 14 June 2015

Ais Kacang Sedap @ Bukit Merah Laketown Club House


Ha..ni lah dia ais kacang sedap.. Kalau jalan2 kat Bukit Merah Laketown, jangan lupa singgah. Lokasinya terletak di Bukit Merah Laketown Club House.

You all kena masuk ikut entrance Bukit Merah dari jalan utama tu...lepas tu dah sampai kat Bukit Merah Laketown Resort tu kan, jumpa round about, korang kena belok kanan. Lepas tu, jalan jauh jugakla, korang akan jumpa Club House ni kat sebelah kanan korang.

Dalam tu ada kolam renang, buka pukul 10 pagi - 6.00 petang. Kena bayar RM4 satu kepala. Bolehlah nak bawa anak2 mandi kat situ. Tempaynya cantik, bersih. Ops..ada gambar adik & ayah I plak..hehe.



Sambil mandi korang boleh makan ais kacang ni. Memang sedap, terbaek..!! Harganya RM8 boleh makan 4-6 orang. Macam2 size ada, ada talam bukit, talam gunung. Makan ramai2 best.

Nanti boleh try kan!

Jungle Tracking @ Perkampungan Orang Asli, Batu 16, Gombak

Assalamualaikum wbt..

Hi you alls.. Dah lama I tak update blog kan.. So, hari ni tetiba plak rasa rajin nak update.

Meh I ceritakan I pegi mana last week, 1 June 2015. I dengan kengkawan I masuk hutan kat Perkampungan Orang Asli, Batu 16, Gombak. Saje je kan..activity hujung minggu. Kitaorang masuk sana 10 orang, all ladies..hehe Seorang kena bayar RM50. Sebab ada tour guide & makan nasi buluh, cara orang asli la kan.

Kalau korang nak pegi sana, kena booking dulu beb. At least seminggu awal. Tak boleh masuk sembarangan je. Kena minta izin daripada orang asli kt situ. Macam kitaorang, ada tour guide bawa masuk..so dia dah uruskan semuanya. Masa masuk tu, orang asli akan masuk bersama dengan tour guide tu.

Korang kena lalu perkampungan orang asli dulu..tapi, orang asli sekarang dah moden. Rumah batu beb..hehe. Tapi, kawasannya banyak anjing. Tapi anjing tu tak kacau orang. Mungkin sambut tetamu datang je kot. Cuma kitaorang je takut..hehe.

Lepas dalam 15 minit berjalan dari perumahan orang asli tu, korang akan dapat lihat keindahan alam..dah masuk kawasan hutan. Tempatnya, masyaAllah, cantik sangat... terasa segar udara di situ. Korang akan jumpa sungai & air terjun.


Ni la gambar sungai tu..best giler mandi beb. Air dia, sejuk giler... menggigil-gigil kitaorang. tapi best.. Ni la kawan-kawan I yang join.. yang tempat air terjun tu, orang asli tu cakap tak ramai yang sampai sini. Bangga jugak la kan kitaorang dapat pegi..hehe.


Korang actually boleh request nak leisure jalan-jalan atau nak panjat bukit. Tapi kalau panjat bukit sangat mencabar, sebab curam... takut beb. Ce korang tengok ni ha..


Dahla curam, tanah lembab.. mungkin korang akan tergelincir kalau tak berhati-hati. Kitaorang saje je try nak panjat kan..tapi kata tour guide tu..7km ke depan ke atas lagi...ko sanggup?? Hehe..ramai kengkawan I tak nak dah naik sebab takut. Nak panjat susah katanya..ye la kan..yang pegi tu ala-ala diva skit kan..haha...yang rasa ayau-ayu gitu, tak yah lah pegi ok. Cukup pegi sampai ke air terjun tu je. Hahaha.


Lepas dah penat, korang bolehlah refresh..mandi dulu..hehe.. time ni rasa macam budak-budak je..boleh main slide..enjoy sangat.

Air yang fresh camtu boleh buat kulit cantik tau..itu yang penting. Kecantikan haruslah dijaga. Pompuan kan..apa2 pun mesti cantik..hehe.

Lepas puas mandi, time to eat.. memang lepas mandi korang akan terasa lapar. Masing2 memang dah tak sabar nak tunggu makan nasi dalam buluh.


Ha..ce korang tengok tu. Tak terliur nengok? Sedap beb orang asli masak. Diaorang masak nasi dalam buluh. Beras tu diaorang dah rendam biar kembang skit, lepas tu balut dalam daun bemban & masukkan dalam buluh, bakar. Wangi nasi tu..padat macam pulut.

Tu ada ayam bakar & ikar keli bakar. Ayam dia sangat sedap. Sempat jugak tanya resipi ayam bakar tu. Katanya tumbuk bawang kecik, bawang putih, halia, garam, perap dengan rempah kari semalaman. Esoknya tu basuh balik ayam tu baru bakar.

Walaupun makan simple..tapi sangat sedap !


Ce korang tengok, dia bakar tinggi kan. Sedap you alls. Kitaorang makan sampai bertambah. Lagi2 feel makan dalam hutan sambil pandang air sungai yang mengalir tu. Best...

Diaorang buat ubi kayu bakar, keledek bakar jugak. Ce korang tengok dalam gambar tu..bukan kayu tau..ubi tu. Seeeedaaappp !

So, I sangat2 rekomen kalau you all nak pegi sana. Memang best. Hehe..

Boleh contact En. Amir - 019-2237337 untuk maklumat lanjut.

Selamat berhujung minggu! Isikan masa anda dengan kerja yang bermanfaat. Adios!

Sunday 7 September 2014

Resipi Ayam Masak Paprik


Bajet hidangan untuk 3-4 orang

Bahan-bahan:

4 ketul ayam - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong 6
3 urat kacang panjang - dipotong panjang
1/2 biji carrot - dipotong panjang
Sedikit bunga kubis
1 biji bawang besar
3 batang baby corn
5 helai daun limau purut - racik halus
1 inci halia - diracik halus
1 batang serai - diracik halus
1 biji bawang kecil - diracik halus
2 ulas bawang putih - diracik halus
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
7 tangkai cili padi/ 2 tangkai cili merah @ cili besar
2 sudu cili boh
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara membuatnya:

Masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia & serai hingga sedikit garing, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram, sos cili, sedikit garam dan gula. Selepas itu, masukkan ayam dan daun limau purut serta sedikit air untuk lembutkan ayam.

Setelah ayam hampir lembut, masukkan carrot, bunga kubis, cili padi dan baby corn. Setelah hampir lembut barulah masukkan kacang panjang, bawang besar dan tomato.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba :)

**Nota:

Kuantiti bahan terpulang kepada selera masing-masing ye..itu yang dicadangkan sahaja. 

Daun limau purut boleh juga dikoyak-koyakkan. Serai boleh juga diketuk-ketuk. Tapi saya suka diracik halus, sebab boleh makan sekali..bagus untuk kesihatan & awet muda kan. Terpulanglah cara masing-masing.

Cili padi masukkan sesuka hati, kalau nak pedas, boleh ketuk-ketuk atau potong, letaklah ikut kepedasan masing-masing.

Masa nak masukkan sayur, pastikan sayur yang lambat empuk dimasukkan dahulu, biar sekejap, baru masukkan sayur-sayur lain.

Bawang besar & tomato diletakkan akhir sekali sebab kedua-dua ini cukup sekadar layu sahaja. Baru kaw..

Semoga berjaya..resipi boleh disesuaikan dengan citarasa masing-masing. :)








Resipi Tepung Gandum - Cucur Bawang Ikan Bilis

Hi all,

Kepada semua yang tercari-cari resipi apa yang boleh dibuat dengan tepung gandum ni nak bagi satu idea. You all boleh buat cucur bawang ikan bilis. Kalau ada tepung gandum ni, you all campak-campak je apa yang sesuai untuk buat cucur ni.

Resipinya:

Tepung gandum
Air
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan yang nak dicampurkan:

Bawang besar/ bawang kecil
Ikan bilis
Daun bawang
Cili besar

atau, you all boleh letak:

Ubi kentang atau
Sayur kangkung atau
Carrot

Bahan cicah: 

sos cili/ susu pekat/ gula

Cara membuatnya:

Semua bahan-bahan dipotong kecil, ikut suka you all lah macam mana nak potongkan..sebab yang nak makan pun you all gak..hehe.

Lepas tu, masukkan air, sedikit garam, sedikit serbuk kunyit untuk mencantikkan warna, kalau tak nak letak pun takpe..masukkan semua bahan yang dipotong tadi. Kacau rata.

Panaskan minyak, masukkan bancuhan tepung tadi dengan menggunakan sudu. Goreng sampai kekuningan. Boleh diangkat.

**Nota:

Bahan-bahan tadi tu, you all boleh letak sesuka hati apa yang rasa nak letak. Kuantitinya, agak-agaklah ye. Campuran bahan-bahan biarlah yang bersesuaian.

Nak tahu macam mana tahap kecairan bancuhan yang sesuai, you all kena angkat dengan sudip/sudu, kalau bancuhan tu jatuh bedebuk/seketul-seketul, maknanya cucur anda akan jadi keras lepas goreng nanti. Kalau nak cucur tu lembut, pastikan bila diangkat dengan sudu, bancuhan tadi tu jatuh licin. Kalau tak tahu jugak, try goreng sebiji dulu, lepas tu cuba la rasa, keras ke lembut..so bolehlah tambah tepung atau air. Kalau lembik sangat, tambah tepung. Kalau keras sangat, tambah air..biasanya kalau dah sejuk baru tau cucur tu sangat keras atau sangat lembut.

Practice makes perfect..so, rajin-rajinlah try ok.