Add

Sunday 7 September 2014

Resipi Ayam Masak Paprik


Bajet hidangan untuk 3-4 orang

Bahan-bahan:

4 ketul ayam - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong 6
3 urat kacang panjang - dipotong panjang
1/2 biji carrot - dipotong panjang
Sedikit bunga kubis
1 biji bawang besar
3 batang baby corn
5 helai daun limau purut - racik halus
1 inci halia - diracik halus
1 batang serai - diracik halus
1 biji bawang kecil - diracik halus
2 ulas bawang putih - diracik halus
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
7 tangkai cili padi/ 2 tangkai cili merah @ cili besar
2 sudu cili boh
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara membuatnya:

Masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia & serai hingga sedikit garing, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram, sos cili, sedikit garam dan gula. Selepas itu, masukkan ayam dan daun limau purut serta sedikit air untuk lembutkan ayam.

Setelah ayam hampir lembut, masukkan carrot, bunga kubis, cili padi dan baby corn. Setelah hampir lembut barulah masukkan kacang panjang, bawang besar dan tomato.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba :)

**Nota:

Kuantiti bahan terpulang kepada selera masing-masing ye..itu yang dicadangkan sahaja. 

Daun limau purut boleh juga dikoyak-koyakkan. Serai boleh juga diketuk-ketuk. Tapi saya suka diracik halus, sebab boleh makan sekali..bagus untuk kesihatan & awet muda kan. Terpulanglah cara masing-masing.

Cili padi masukkan sesuka hati, kalau nak pedas, boleh ketuk-ketuk atau potong, letaklah ikut kepedasan masing-masing.

Masa nak masukkan sayur, pastikan sayur yang lambat empuk dimasukkan dahulu, biar sekejap, baru masukkan sayur-sayur lain.

Bawang besar & tomato diletakkan akhir sekali sebab kedua-dua ini cukup sekadar layu sahaja. Baru kaw..

Semoga berjaya..resipi boleh disesuaikan dengan citarasa masing-masing. :)








Resipi Tepung Gandum - Cucur Bawang Ikan Bilis

Hi all,

Kepada semua yang tercari-cari resipi apa yang boleh dibuat dengan tepung gandum ni nak bagi satu idea. You all boleh buat cucur bawang ikan bilis. Kalau ada tepung gandum ni, you all campak-campak je apa yang sesuai untuk buat cucur ni.

Resipinya:

Tepung gandum
Air
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan yang nak dicampurkan:

Bawang besar/ bawang kecil
Ikan bilis
Daun bawang
Cili besar

atau, you all boleh letak:

Ubi kentang atau
Sayur kangkung atau
Carrot

Bahan cicah: 

sos cili/ susu pekat/ gula

Cara membuatnya:

Semua bahan-bahan dipotong kecil, ikut suka you all lah macam mana nak potongkan..sebab yang nak makan pun you all gak..hehe.

Lepas tu, masukkan air, sedikit garam, sedikit serbuk kunyit untuk mencantikkan warna, kalau tak nak letak pun takpe..masukkan semua bahan yang dipotong tadi. Kacau rata.

Panaskan minyak, masukkan bancuhan tepung tadi dengan menggunakan sudu. Goreng sampai kekuningan. Boleh diangkat.

**Nota:

Bahan-bahan tadi tu, you all boleh letak sesuka hati apa yang rasa nak letak. Kuantitinya, agak-agaklah ye. Campuran bahan-bahan biarlah yang bersesuaian.

Nak tahu macam mana tahap kecairan bancuhan yang sesuai, you all kena angkat dengan sudip/sudu, kalau bancuhan tu jatuh bedebuk/seketul-seketul, maknanya cucur anda akan jadi keras lepas goreng nanti. Kalau nak cucur tu lembut, pastikan bila diangkat dengan sudu, bancuhan tadi tu jatuh licin. Kalau tak tahu jugak, try goreng sebiji dulu, lepas tu cuba la rasa, keras ke lembut..so bolehlah tambah tepung atau air. Kalau lembik sangat, tambah tepung. Kalau keras sangat, tambah air..biasanya kalau dah sejuk baru tau cucur tu sangat keras atau sangat lembut.

Practice makes perfect..so, rajin-rajinlah try ok.