Add

Sunday 9 March 2014

Pesawat MAS MH370 Hilang

Tanggal 8 Mac 2014, dunia dikejutkan dengan berita besar di mana pesawat Malaysia Airlines System (MAS) hilang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing. Pesawat ini berlepas dari KLIA pada hari Sabtu, jam 12.41 tengah malam dan dijangka tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi. Walaubagaimanapun, selepas lebih kurang 2 jam berlepas pesawat ini tidak dapat dihubungi. Tiada makluman daripada juruterbang berkenaan keadaan cuaca atau kerosakan pesawat sebelum ini. Pesawat ini kemudian hilang dari radar dan terus tidak dapat dihubungi. Sehingga kini selepas hampir 36 jam pesawat ini masih kekal misteri dan tidak dapat diketahui ke mana hilangnya dan tiada petunjuk ditemui.

Seramai 227 orang penumpang dan 12 orang anak kapal berada di dalam pesawat tersebut. 38 orang penumpang adalah warganegara Malaysia. Warga China adalah 152 orang termasuk seorang bayi, 7 orang warga Indonesia, 7 orang warga Australia, 5 orang warga India, 3 orang warga Perancis, 3 orang warga Amerika Syarikat termasuk seorang bayi, warga New Zealand, Ukraine, Kanada masing-masing 2 orang, manakala Itali, Taiwan, Belanda, Austria masing-masing seorang. Setakat ini 80% waris keluarga mangsa telah dihubungi. 

Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat telah menghulurkan bantuan untuk mencari pesawat tersebut. Malaysia hargai negara-negara ini yang membantu mencari dan menyelamat pesawat MH 370. 

Pesawat ini berusia 11 tahun 11 bulan dan masih dalam keadaan baik. Namun, ke mana hilangnya masih menjadi tanda tanya. Sebagai warga Malaysia yang prihatin dan atas dasar peri kemanusiaan, marilah kita sama-sama berdoa agar kesemua penumpang dan anak kapal ini selamat.


No comments:

Post a Comment